Akaun nasiarabtravel.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Pendaftaran Program Leader : Nasi Arab Travel


"Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga #TEAMPAKIMAM"

PENGENALAN LEADER NASI ARAB TRAVEL


  • Pendaftaran PERCUMA
  • Modal Permulaan serendah RM250
  • Bekerja dalam satu pasukan 
  • Mempunyai laman page sosial facebook ATAU instagram sendiri.
  • Leader perlu menandatangani kontrak insentif yang telah disediakan oleh pihak HQ.
  • Leader perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berhasrat ingin meningkatkan lagi taraf kehidupan kearah yang lebih baik.



PENDAFTARAN LEADER NASI ARAB TRAVEL


Saya sebagai bakal leader Nasi Arab Travel,  BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma yang telah di tetapkan seperti di bawah :


A. UMUM

  1. Leader Nasi Arab Travel tidak perlu memegang stok kerana segala urusan packing dan pengeposan akan dibuat oleh pihak HQ. Tetapi bagi Leader yang ingin memegang stok untuk membuat jualan adalah dialu alukan. DIINGATKAN bahawa jualan berdasarkan stok (menggunakan link Ejen/Stokis) tidak akan termasuk di dalam pengiraan jualan Leader.
  2. Team dibawah Leader akan dipimpin sendiri oleh Leader tetapi mereka perlu mendaftar di bawah HQ. Leader bertangggungjawab sepenuhnya membimbing serta mengajar Team Dropship untuk membuat jualan supaya Leader dan Team dapat mencapai target jualan yang ditetapkan.
  3. Leader hendaklah berhubung terus dengan pihak HQ jika menghadapi sebarang masalah dan pertanyaan.
  4. Pihak HQ berhak menarik balik status leader dan jika terdapat perlangaran mana-mana syarat dan terma yang dilakukan oleh Leader.

B. HARGA & JUALAN

  1. Harga jualan kepada pelanggan perlulah selaras dengan harga yang telah ditetapkan oleh HQ.
  2. Leader perlu memastikan Team Dropship berjaya membuat jualan terkumpul sekurang kurang RM10,500 dalam tempoh sebulan mengikut persetujuan yang ditetapkan oleh HQ
  3. Semua pesanan barangan pelanggan hanya akan diproses selepas pembayaran dan pengesahan dibuat oleh pihak Leader dan Dropship.
C. LEADER & TEAM 
LEADER
  1. Setiap Leader dibenarkan mengambil Dropship untuk membentuk satu kumpulan (team), sama ada 10, 20, ATAU 30 orang sebagai permulaan.
  2. Pihak Leader bertanggungjawab untuk mengawal dengan sebaiknya team dibawah seliaan leader bagi menjaga nama baik Nasi Arab Travel.
  3. Leader perlulah mengawasi jualan team dan perlu menghantar rumusan jualan mingguan dan bulanan dengan mengisi maklumat jualan leader dan team di dalam template yang disediakan pihak HQ untuk tujuan semakan.
TEAM
  1. Semua dropship di bawah seliaan Leader perlu didaftarkan di bawah HQ untuk tujuan rekord, semakan dan simpanan data. Pendaftaran team dropship adalah melalui borang yang disediakan oleh pihak HQ.
  2. Pihak HQ juga tidak akan berhubung dengan team dropship dibawah Leader.
  3. Team dropship akan menggunakan sistem “submit order” kepada HQ dan tidak dibenarkan membuat jualan melalui platform jualan seperti Shopee atau Lazada.
D. PESANAN JUALAN

  1. Leader akan menerima Id dan Password dimana leader perlu log masuk ke dalam sistem jualan yang disediakan oleh HQ. Leader akan diberikan maklumat log masuk ke dalam sistem melalui email dan mengikut langkah yang dibimbing oleh HQ.
  2. Di dalam sistem jualan, Leader akan diberikan 3 borang yang berkaitan iaitu :

Borang pendaftaran team dropship, digunakan untuk mendaftar setiap dropship di bawah seliaan Leader

Borang pesanan jualan/"submit order", digunakan untuk menghantar order pelanggan (team dropship) kepada HQ. Leader perlu mendapatkan borang/link berkaitan didalam sistem jualan untuk digunakan oleh Team Dropship SAHAJA semasa jualan.

Borang pesanan jualan Leader, digunakan untuk menghantar order pelanggan (leader) kepada HQ. Leader perlu mendapatkan borang/link berkaitan didalam sistem jualan untuk digunakan oleh LEADER SAHAJA .

3. Senarai borang/link jualan yang disediakan oleh pihak HQ adalah untuk KEGUNAAN LEADER dan TEAM DROPSHIP SAHAJA dan bukan untuk edaran kepada pelanggan.

4. Leader atau Team dropship perlu membuat pesanan order kepada HQ. Dengan cara, menghantar maklumat penghantaran dan pembayaran pelanggan mereka kedalam borang pesanan kemudian hantar kepada HQ untuk proses penghantaran.

E. KOMISEN 

  1. Team perlu mencapai jualan sekurang-kurangnya RM10,500 untuk mendapatkan komisen penuh 20% (Team) dan 10% (Leader).
  2. Mana-mana Team yang tidak mencapai target jualan yang ditetapkan HQ akan mendapat komisen mengikut kuantiti pek dijual.


F. TERMA DAN SYARAT KONTRAK

  1. Pihak pengurusan Nasi Arab Travel berhak meminda, mengubah, atau menukar segala terma dan syarat kontrak mengikut kesesuaian mengikut situasi dari masa ke semasa.













Akhir kata !

dengan usaha dan komited ayuh kita sama-sama memajukan diri sendiri selain dapat menambah pendapatan keluarga. Inn shaa Allah.



perlukan bantuan?